Wednesday, December 22, 2010

10 Drama Bersiri Popular Korea He’s Beautiful di 8TV



Drama bersiri popular Korea He’s Beautiful di 8TV!
Tayangan perdana di Malaysia
Slot Best of The East
He’s Beautiful
Tarikh Siaran: 14 Disember 2010 – 12 Januari 2011
Hari/Masa Siaran: Isnin – Jumaat, 8.30 – 9.30 malam
Bahasa: Mandarin
Episod: 22 x 60 minit
Di bintangi oleh: Jang Geun Suk, Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, Ulee
Sebuah drama remaja yang paling diminati dan mendapat rating tertinggi di Korea – He’s Beautiful akan mula disiarkan di 8TV Disember ini! Drama ini mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang menyertai sebuah band K-pop yang di panggil A.N.JELL.
Konflik bermula ketika pengurus band tersebut, Ma Hoon-Lee, bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih ialah Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian menjadi huru-hara sehinggakan Hoon-Lee terpaksa merayu kepada Ko Mi-Nyeo yang merupakan kembar kepada Mi Nam untuk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh.




Demi abang kembarnya, Mi-Nyeo dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. Pasangan kembar Mi-Nyeo dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapkah ibu bapa mereka yang sebenar
Keadaan menjadi lebih rumit apabila, Mi-Nyeo seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin-Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi-Nyeo namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin-Woo cuba membantu Mi-Nyeo dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi-Nyeo. Ketika dia cuba membantu Mi-Nyeo sedari sudah mula jatuh hati kepada Mi-Nyeo.
Tae-Kyeong juga mengetahui mengenai rahsia Mi-Nyeo dan cuba untuk menyingkirkan dia dari kumpulan terbabit. Tetapi selepas dia mendengar rayuannya dan mengetahui bahawa dengan muncul di kaca televisyen adalah peluang untuk Mi-Nyeo mencari ibu kandungnya, dia turut simpati dengan nasib dua beradik itu.
Rahsia Mi-Nyeo itu turut diketahui oleh seorang penyanyi pop Yu Hee-Yi. Ketika media menyiarkan cerita sensasi bahawa Hee-Yi dan Tae-Kyeong sedang berpacaran, Hee-Yi mengugut untuk membocorkan rahsia mereka dan memaksa Tae-Kyeong berpura-pura dan mengaku bahawa mereka berdua berpacaran. Hee-Yi menggunakan helah ini untuk kepentingannya sendiri. Beliau bersetuju untuk mengumumkan perpisahan beliau dengan Tae-Kyeong dalam satu sidang akhbar dan Tae-Kyeong bersetuju dengan rancangan tersebut untuk melindungi Mi-Nyeo.


Namun dalam diam Hee-Yi mula jatuh hati dengan Tae-Kyeong. Apa yang bakal terjadi dengan Mi-Nyeo? Adakah rahsia beliau akan terbongkar?
8TV akan menyiarkan sebuah lagi drama popular Korea khas untuk penonton setia kami. Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Korea, siri yang mendapat sambutan hangat di ini hadir dengan jalan cerita yang cukup menarik. Pelbagai aksi lucu dapat anda saksikan dalam drama ini yang pasti membuat anda tidak kering gusi” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Tontonilah drama bersiri He’s Beautiful yang di tayangkan kepada umum beremula 14 Disember 2010, jam 8.30 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

ape pun aku ase ag bek dowg stay on bhse korea la as dialog..
ade ke gne bhse ci**.. 
jd x masyuk langsung noh.. betui x? 


bley usya yg dowg ckp bhse korea nye kat korean movie

Tentang aku

nme aku khai.. d lahirkan d HSAJB.. owg johor tp da jd ipoh mari da sbb mse 2006 aku pndah ipoh.. life juz as a simple person.. now stdy kat UiTM Penang.. ai jd owg penang lak na..hahaha pakat mai cini na.. aku mek kos mechanical engineering.. susah wok..jgn men2.. bnyk sbjek killer.. aku ske kwn ngan rmai owg.. jgn malu2 jd kwn aku.. kdg2 ske prank member aku.. haha pdn mke dowg.. jahat? x la.. naseb dowg la..haha add la aku klau kowg ase ley tahan kne prank..wakenabeb..haha pape pon.. have a nice day okeyh..

    Other Recommended Posts

Comments
10 Comments

10 comments:

Miss El said...

el dah tengok tahun lepas lagi. download nye. memang bes sangat. tapi bukan you are beautiful ke tajuk die?

nuru anahh said...

betul ! bhasa ci** ntah pape . ta masyuk un na dengar . wakakaa :D . dah 3 ,4 kali tgok cit nin ! tapy air mata tetap turun .*pelik

khairul said...

miss el : yelah dowg tukar tajuk kat tb8 ni hah.. sesuka aty dowg je kannn

khairul said...

hannah : tu la.... jiwang sgt kodd? ehehehe
pape pon x ske dowg tukar bhse cine.. protes3 :t

atieNOTHING said...

hahaha . i baru jea nenok cite ni tadik ^_^

she jirah said...

x besh la klu bahsa laen.
bahasa korea kn besh.
tapi, sebaek dh tngk dh cite ni.
huhu :s

khairul said...

atie : eheh so mintak pendapat sikit. better gne bhse korean or chinese? :j

khairul said...

she : eheheh my follower yg lucky nih cmmnt jugak akhirnye..
de award tuk awak taw..
tu la ingt nk download cter nih t :e

Syahir Ramli said...

dah tgk dh cter ni...trsgt best!!!!!

khairul said...

syahir : yup3.. sgt best bg yg minat crte mcm ni taw

Post a Comment

 
back to top